Tuesday, September 7, 2010

Aqsa Syarif di Kolej Komuniti Arau, Tambun Tulang

Aqsa Syarif Perlis diwakili oleh Akhi Surizan Romli telah membuat pameran, jualan dan kutipan derma sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Kolej Komuniti Arau pada 7 Sept 2010. Tahniah atas inisiatif Akh Surizan mengambil peluang sempena Majlis Berbuka Puasa kolej untuk memberikan input menerusi pameran dan kutipan derma tentang Palestin kepada warga kolej.

Tempat : Kolej Komuniti Arau
Kehadiran : Pelajar, Ibubapa dan Staf Kolej Komuniti Arau
Jumlah Kutipan Tabung Palestin : RM 483.00
Jualan Barangan Aqsa Syarif : RM 282.10

Friday, July 23, 2010

Aqsa Syarif di Sek Men Vokasional Arau

Keesokan harinya, Aqsa Syarif Perlis dijemput untuk mengadakan jualan, tayangan multimedia dan pameran di Sek Men Vokasional Arau sempena Hari Kecemerlangan Pelajar yang telah dirasmikan oleh YB Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 23 Julai 2010.

Terima kasih kepada Cikgu Hairil Anuar yang menjemput Aqsa Syarif Perlis untuk mengadakan jualan dan pameran.

Tempat : Hadapan Dewan Besar Sek Men Vokasional Arau
Kehadiran : Pelajar Sek Men Vokasional Arau
Jumlah Kutipan Tabung Palestin : RM 181.00
Jualan Barangan Aqsa Syarif : RM 607.00

Berkerumun nak beli barangan Aqsa Syarif
Para ibubapa dan guru melihat pameran
Tabung Palestin turut diletakkan di meja jualan
Tak cukup ruang nak tampal, susun barang pameran atas meja
Banyak souvenier best....
Lawatan YB Dr. Mohd Puad Zarkashi ke gerai Aqsa Syarif sambil membeli Muffler Aqsa Syarif

Thursday, July 22, 2010

Aqsa Syarif di Institut Perguruan Perlis (IPP)

Alhamdulillah, Aqsa Syarif dengan kerjasama Haluan Perlis dan Persatuan Guru Pelatih Islam Institut Perguruan Perlis telah mengadakan ceramah Palestin pada 22 Julai 2010.

Penceramah : Ir. Dr. Selamat Aliman, ALP Aqsa Syarif dan wakil Haluan
Tempat : Dewan Besar IPP
Kehadiran : Pelajar Institut Perguruan Perlis dan penduduk setempat
Jumlah Kutipan Tabung Palestin : RM 780.00
Jualan Barangan Aqsa Syarif : RM 535.00

Gerai jualan barangan Aqsa Syarif
Pameran gambar-gambar di Palestin

Para hadirin mendengar perkongsian dari Ir. Dr. Selamat Aliman
Bahan Pameran

Wednesday, July 14, 2010

Aqsa Syarif di Sek Men Keb Syed Alwi

Aqsa Syarif Perlis dijemput mengadakan pameran dan jualan serta tayangan multimedia di Sek Men Keb Syed Alwi sempena Hari Kecemerlangan Pelajar. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Jusinar kerana menjemput Aqsa Syarif Perlis.

Tempat : Kantin Sek Men Keb Syed Alwi
Kehadiran : Pelajar Sek Men Keb Syed Alwi
Jumlah Kutipan Tabung Palestin : RM 115.00
Jualan Barangan Aqsa Syarif : RM 430.50

Sunday, July 4, 2010

Aqsa Syarif di Sek Men Keb Tengku Sulaiman

Aqsa Syarif Perlis dijemput mengadakan pameran dan jualan serta tayangan multimedia di Sek Men Keb Tengku Sulaiman sempena Hari Kecemerlangan Pelajar dan Hari Koperasi Sekolah. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Mazlina kerana menjemput Aqsa Syarif Perlis.

Tempat : Kantin Sek Men Keb Sultan Sulaiman
Kehadiran : Pelajar Sek Men Keb Temgku Sulaiman
Jumlah Kutipan Tabung Palestin : RM 56.00
Jualan Barangan Aqsa Syarif : RM 683.0