Monday, September 26, 2011

Pelancaran Kelab Sahabat Aqsa Syarif Perlis

Alhamdulillah, Aqsa Syarif Perlis berjaya melancarkan Kelab Sahabat Aqsa Syarif Perlis pada 24 Sept 2011 bertempat di Dewan Akademi Huda, Arau, Perlis. Majlis pelancaran teleh disempurnakan oleh Dr. Md Roslan Hashim, salah seorang yang menyertai misi Aqsa2Gaza2 baru-baru ini ke Gaza, Palestin. Sempena pelancaran, diadakan sedikit perkongsian pengalaman oleh beliau tentang Misi Aqsa 2 Gaza 2 yang membawa sejumlah RM 1.5 juta untuk beberapa projek yang akan dijalankan di Palestin bagi membantu umat Islam di sana.

Para sukarelawan yang kebanyakannya terdiri dari mahasiswa dan belia.

Dr. Md Roslan Hashim menyampaikan ceramah beliau tentang Palestin

 
Simbolik pelancaran Kelab Sahabat Asqa Syarif Perlis 
(Dr. Md Roslan menekan "LIKE" di Fanpage Aqsa Syarif Perlis)





 Penyerahan cenderahati oleh TYDP Ikram Perlis, Prof. Dr Rushami kepada PM Dr. Md Roslan Hashim

 Para sukarelawan lelaki Aqsa Syarif Perlis

Semoga dengan pelancaran Kelab Sahabat Aqsa Syarif Perlis ini akan menyemarakkan lagi usaha-usaha kita untuk terus berjuang membebaskan Palestin dari cengkaman Israel dan sekutunya. Seperti yang disampaikan oleh sahabat di Palestin kepada Dr. Md. Roslan bahawa mereka tidak perlukan airmata kita atau kedatangan kita beramai-ramai menziarahi mereka di sana, mereka hanya perlukan doa kita akan jihad kita di tempat masing-masing bagi membebaskan Palestin.

Lihat gambar di Facebook : Pelancaran Kelab Sahabat Aqsa Syarif Perlis

Monday, September 19, 2011

Aqsa Syarif di Pesta Konvo UniMAP 2011

Aqsa Syarif Perlis menyertai pameran dan jualan sempena Majlis Konvokesyen Unimap yang berlangsung dari 15-18 September 2011. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, pameran Palsetin, tayangan video dan multimedia, kutipan tabung, rekrutment sukarelawan Aqsa Syarif dan turun padang bersama masyarakat negeri Perlis. 

Team Pemuda IKRAM bergilir-gilir menjaga booth pameran dari hari pertama hingga hari keempat Pesta Konvokesyen.






Kutipan sepanjang program adalah sebanyak RM 900.00 dan juga jualan barangan Palestin sebanyak RM 500.00.


Tempat : Dataran Stadium Dato' Sheikh Ahmad
Kehadiran : Mahasiswa UniMAP, rakyat negeri Perlis
Jumlah Kutipan Tabung Palestin : RM 900.00
Jualan Barangan Aqsa Syarif : RM 500.00








Lihat gambar di Facebook : Aqsa Syarif @ Konvo UniMAP